BUTTERWORTH: Keadaan berlumpur di dasar sungai, selain halangan sampah sarap serta arus yang deras menyukarkan operasi mencari seorang anggota bomba yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin di sini, malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Beliau berkata operasi dilakukan secara selaman serta pencarian di permukaan air menggunakan penarik dasar, selain penyertaan dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dan penggunaan dron, dalam usaha memperluaskan ruang pencarian.
"Seramai 50 anggota terlibat dalam operasi ini menggunakan sembilan bot milik JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan juga bantuan daripada bot nelayan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 10.10 malam tadi dikatakan berlaku semasa Mohd Izwan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bersama seorang lagi anggota bomba hendak menambat bot berkenaan di jeti itu usai melakukan pengujian enjin.
Nor Hisham berkata Mohd Izwan yang telah berkhidmat bersama pasukan bomba selama 19 tahun disifatkan sebagai seorang anggota yang ringan tulang selain disenangi rakan sekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Operasi dilakukan secara selaman serta pencarian di permukaan air menggunakan penarik dasar. -X Bernama
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.